hujan batu turun tiba-tiba timpa pengunjung pantai
SIBERIA - Sekumpulan pengunjung yang sedang mandi-manda di pantai Ob River sempena musim panas bertempiaran lari apabila dilanda ribut dan hujan batu yang turun secara tiba-tiba.
Melalui rakaman video yang dimuat naik dalam laman YouTube, pengunjung yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak kelihatan menjerit dan menangis ketakutan ketika mencari tempat untuk berlindung.
Sewaktu kejadian, suhu di sekitar kawasan sungai kelima terpanjang di dunia itu mencatatkan bacaan 37° Celsius
Jelas kelihatan melalui rakaman itu ketulan batu sebesar bola golf jatuh dari langit menimpa orang ramai yang tidak sempat lari menyelamatkan diri.
"Ianya seperti diserang dengan peluru dari langit dan keadaan menjadi huru-hara dengan jeritan dan tangisan kanak-kanak," kata salah seorang mangsa.
Menurut seorang wanita, suaminya telah mendapat kecederaan pada bahagian belakang badan ketika melindungi anak mereka.
Kejadian hujan batu yang melanda pantai di Novosibirsk pada Sabtu lalu itu dipercayai akibat penurunan suhu mendadak secara tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi ,
- Atyy Azmi -