GIVEWAY PERTAMA edisi Raya







Hadiah

1. Tambah nilai RM 5 untuk 4 orang pemenang
2. Tudung bawal AJ untuk 2 pemenang 
3. 5 pemenang akan dipilih untuk menghiasi bloglist bulan Ogos di blog SYF.DEAN

Segmen ini bermula pada 1/7 dan akan tamat pada 31/7 tepat pukul 12 tengah malam. 

SELAMAT BERGIVEWAY!





Segmen Blogwalking Sampai Penat Atyy Azmi #3








Assalammualaikum Semua :)


Jom Join Segmen Blogwalking #3 Atyy Ni . . Saje Nak Tambah-Tambah Kenalan & Jalan-Jalan Ke Blog Anda . . Ni Adalah Segmen Kali Ketiga Yang Atyy Buat, Segmen Yang Pertama dan kedua Alhamdulilah Ramai Juga Yang Join, So Meh Lah Join Segmen Ni Lagi , Senang Je Syaratnya :)


SYARAT-SYARATNYA :


WAJIB Follow Blog Ni  
- Buat Satu Entry Bertajuk SEGMEN BLOGWALKING SAMPAI PENAT ATYY AZMI #3
- Letakkan Banner Di Atas Dalam Entry Dan Linkkan Semula Ke Link Ni.
- Dah Join Letakkan Link Di Kotak Komen ( Senang Nak Berblogwalking ) . 

Senang Je Kan ??


 Kalau Tiada Sambutan Automatik Segmen Ini Terbatal
Tamat Pada ( 7 Julai 2016 ) 
Senarai Peserta akan di Update pada ( 8 Julai 2016 )

Atyy Tak Paksa Kalau Nak Join , Meh Lah Join, Kalau Tak Mau Tak Apa :)
Jemput Memeriahkan Segmen Ni Ya . . Terima Kasih Sudi Join :)

7 Keistimewaan Lailatul Qadar







Setiap umat Islam pasti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam penuh rahmat dan kemuliaan. Malam yang mempunyai 7 keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢ 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?”
(Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 2)
.
.
7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~
.

1. Waktu Diturunkan Al-Quran

.
Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.
.
Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhansekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah  tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”
.
.

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

.
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.
Allah سبحانه وتعالى berfirman;

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
.
An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
.
.

3. Malam Penuh Keberkatan

.
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
.
‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’ dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
.
.

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

.
Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم

“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
.
Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)
.
.

5. Malam Kesejahteraan

.
Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.
Firman Allah سبحانه وتعالى;

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Surah Al-Qadar; Ayat 5)
.
Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah سبحانه وتعالى (pada malam tersebut).
.
.

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

.
Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah سبحانه وتعالى. Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 4)
.
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).
(Surah Ar Ra’d; Ayat 39)
.
.

7. Dosa Diampunkan

.
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
.
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman)adalah membenarkan janji Allah سبحانه وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah سبحانه وتعالى, bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)
.
.
‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه وتعالى melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.
“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”
Aaminnn Yaa Rabbal Alamin…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)





Pencarian Bloglist Raya by Athirah Ismail







  • Follow blog Athirah Ismail
  • Perlu buat entri mengenai segmen ni beserta tajuk entri 'Pencarian Bloglist Raya by Athirah Ismail'
  • Letakkan banner yang kurang cantik tu di entri dan backlink kan banner tu ke entri asal ni
  • Anda perlu tag rakan anda seramai 3 orang dan pastikan mereka tahu
  • Last sekali, tinggalkan link entri korang di komen entri ni





Pencarian Bloglist Raya by Athirah Ismail







  • Follow blog Athirah Ismail
  • Perlu buat entri mengenai segmen ni beserta tajuk entri 'Pencarian Bloglist Raya by Athirah Ismail'
  • Letakkan banner yang kurang cantik tu di entri dan backlink kan banner tu ke entri asal ni
  • Anda perlu tag rakan anda seramai 3 orang dan pastikan mereka tahu
  • Last sekali, tinggalkan link entri korang di komen entri ni





ramadhan kareem giveaway 2016








Azam saya pada bulan ramadhan ini ialah supaya menjadi seorang muslimah yang sejati dan ingin membuat segala kebaikan yang diredhai oleh Allah s.w.t . Semoga ramadhan kali ini Ramadhan yang paling bermakna bagi saya . Amin :)






PERADUAN DUIT RAYA..! MULAI 27 JUN - 5 JULAI 2016




Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016



*Pemenang dan saguhati akan dipilih melalui random.org. 
* Tamat pada 5 Julai 2016 jam 12 tengahari.

Perhatian

Hadiah yang tidak di claim selepas sebulan dari tarikh pengumuman akan dibatalkan. 

Semoga berjaya..! 😉

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh








- Pemenang2 akan ditentukan melalui undian rawak.
- Keputusan akan diumumkan pada 14/7/2016.

Semoga Berjaya.... 











SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT










Saya nak cari 7 blog bertuah untuk saya review! Kenapa 7? I guess 7 is my lucky number lah. Lol hahahaa. Pemilihan blog utk review (pemenang) adalah secara random.
TAMAT: 3 JULAI 2016


Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016






Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.



Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
http://www.azhafizah.com/



TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^











Giveaway Diagnosis Apokalips by stnrsyfh







"SAYA NAK DIAGNOSIS APOKALIPS . SEMOGA DIAGNOSIS APOKALIPS MENJADI MILIK SAYA"


Lupa pula , Giveaway ni berlangsung dari 24 JUN 2016 - 10 JULAI 2016

Pemilihan pemenang berdasarkan random.org . Sekian , terima kasih . 

Giveaway Contest Serunding Daging by Istana Syurga





<img height="320" src="https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/13256247_1027109257344111_3733771395222330157_n.jpg?oh=460d486bee252e8bd39b1e3b3ec59d11&amp;oe=57D523A1" width="243" />




Contest ini akan berlangsung dari 18 May sehingga seminggu sebelum RAYA.


We'll pick a winner Serunding Daging 200gm include postage to anywhere you live as you follow all the rules and make a heart move with your entry :)



** Thanks join & Goodluck**





"Pencarian Bloglist Bulan Julai"







Syarat simple je.


1)Follow blog Aina

2)Buat entri bertajuk "Pencarian Bloglist Bulan Julai" 

3)Copy banner diatas dan backlink kan ke entry ni.

4)Tinggalkan link entry anda pada ruangan komen dibawah

5)pstt Jangan lupa klik2 iklan nuffnang yang ada kat blog Aina niem..

=TARIKH TAMAT:30/6/2016=

*10 PESERTA YANG BERTUAH AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST AINA SELAMA SEBULAN

*PEMENANG AKAN DIPILIH MENGGUNAKAN RANDOM.ORG











PENCARIAN BLOGSLIST SESI JULAI BY AISYHAH NYAIS







Syaratnya sama seperti dulu dan sangat ringkas. Benda senang kan, jadi ecah harap ramai yang dapat join untuk kalini. Sama sama kita support each other dan semua berfikiran positif gitu. Okay meh baca syarat di bawah ni :
  • Wajib follow blog ini
  • Buat entry mengenai pencarian ni dan letak banner berlink kan entry ini
  • Tajuk entry " Pencarian Blogslit Sesi Julai by Aisyhah Nyais "
  • Tinggalkan link entry korang di comment entry ini
  • Wajib tag dua rakan anda yang lain
Okay mudah kan. Okay jangan lupa korang join. Oh yaa, pemenang dipilih berdasarkan random dan ecah mencari 10 pemenang bloglist untuk sesi julai tau. Tarikh akhir pernyataan pada 30 julai pada pukul 3 petang. InsyaAllah malam 30 julai tu, ecah update nama pemenang kalau takdak aral melintang. Okay jom semua join! Goodluck~

Resepi kek batik






assalammualaikum, sedar tak sedar lagi 2 minggu nak raya . meh sini saya nak kongsi resepi boleh lah nanti buat kuih raya. Raya jangan lupa ajak nah :)


BAHAN-BAHANNYA 



resepi kek batik


 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong 



LANGKAH-LANGKAHNYA 


1. Patah-Patahkan Biskut Marie.




2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.




 3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.




4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.

5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.



6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.




7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.




Saya harap anda berpuas hati dengan resepi kek batik yang saya sediakan. Selamat Mencuba :)
























Copyright © 2013 ATYY AZMI - All Rights Reserved - Template by Atyy Azmi