Sejarah Tradisi Krismas: Kristian atau Kafir ?



Sejak dulu, Krismas merupakan perayaan orang Kristian untuk menyambut hari kelahiran Yesus. Namun, kita mungkin tertanya-tanya bagaimanakah tradisi Krismas berkaitan dengan kelahiran Yesus. Contohnya, terdapat mitos tentang Santa Claus. Pada tahun 1931, sebuah syarikat minuman di Amerika Utara menjadikan Santa Claus terkenal dalam iklan Krismas. Dia digambarkan sebagai seorang periang, berjanggut putih, pipi kemerah-merahan, dan berbaju merah. Lama-kelamaan, dia menjadi lebih masyhur daripada Yesus “dan menjadi lambang rasmi bagi perayaan yang disambut pada 25 Disember,” kata Profesor Carlos E. Fantinati. Namun adakah terdapat masalah lain dengan perayaan Krismas? Untuk mendapat jawapannya, mari kita tinjau apa yang dilakukan oleh orang Kristian masa awal.

Image result for krismas


Menurut Encyclopedia Britannica, “Selama dua ratus tahun yang pertama dalam sejarah agama Kristian, sambutan kelahiran orang yang mati demi agama, atau sambutan kelahiran Yesus, mendapat banyak tentangan.” Mengapa? Orang Kristian memandang sambutan hari jadi sebagai tradisi orang kafir. Maka itu adalah sesuatu yang patut dihindari. Tambahan pula, Bible sama sekali tidak menyatakan tarikh kelahiran Yesus.
Walaupun orang Kristian masa awal menentang tradisi sambutan hari jadi, gereja Katolik memperkenalkan perayaan Krismas pada abad keempat M. Pihak gereja ingin mengukuhkan kedudukan mereka. Maka mereka menyingkirkan halangan utama, iaitu agama-agama kafir Roma yang terkenal serta perayaan mereka pada musim sejuk. Setiap tahun, dari 17 Disember hingga 1 Januari, “kebanyakan orang Roma mengadakan jamuan, bermain, berarak, menyertai pesta lain sambil memuja dewa dewi mereka,” menurut Christmas in America, oleh Penne L. Restad. Pada 25 Disember pula, orang Roma merayakan hari jadi dewa matahari yang tidak terkalah. Dengan memperkenalkan perayaan Krismas pada hari itu, pihak gereja dapat memujuk ramai orang Roma untuk merayakan hari jadi Yesus dan bukannya hari jadi dewa matahari. Menurut Santa Claus, a Biography oleh Gerry Bowler, orang Roma “masih dapat menikmati perayaan pertengahan musim sejuk.” Sebenarnya, mereka “menyambut perayaan baru dengan menggunakan tradisi lama.”
Jelaslah bahawa masalah utama berkenaan perayaan Krismas adalah berkaitan dengan asal usulnya yang tidak menyenangkan. Dalam buku The Battle for Christmas, Stephen Nissenbaum merujuk perayaan Krismas sebagai “perayaan orang kafir yang bertopengkan perayaan orang Kristian.” Maka, perayaan Krismas menghina Tuhan dan Anak-Nya, Yesus Kristus. Adakah perkara ini remeh? Bible bertanya, “Apakah hubungan antara kebaikan dengan kejahatan? Atau, apakah kaitan antara cahaya dengan kegelapan?” (2 Korintus 6:14) Seperti batang pokok yang tidak dapat diluruskan, perayaan Krismas yang berasal daripada agama palsu “tidak dapat diluruskan” dalam pandangan Tuhan.—Pengkhutbah 1:15.
credit : jw.org



7 comments:

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi ,

- Atyy Azmi -

Copyright © 2013 ATYY AZMI - All Rights Reserved - Template by Atyy Azmi