KALAU NAK BIDADARI, TUNGGU DI SYURGA NANTI






Ummi – Mat…,(berhenti sekejap).  Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)
Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya
Ahmad – Nampak ok orangnya  Ummi tapiiii….. dia ni gempal sikitlah Ummi
Ummi – Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu
Ahmad – Masya Allah Ummi….tapi B ni rendah orangnya lah….
Ummi – Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat        
Ahmad – Subhanallah….., cantik dan manis betu dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..
Ummi – Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim
Ahmad – Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi….yang lemah lembut sikit wataknya
Ummi – Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni                                                                                                                       
Ahmad – Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah
Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak
Ahmad – Allah Allah hebat dia ni…tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju
Ummi – ni pulak G, doktor muda balik Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari
Ahmad – Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi
Ummi - Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak
Ahmad – Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…
Ummi – Abang 2x, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah – Calon yang macam mana dia nak?
Ummi – Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Qur’an.
Abah – Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu….





FIRST GIVEAWAY BY EM







Syarat-syarat :-
1. Follow semua blogger dibawah .


#Follow Facebook Purnama Ungu

2. Follow semua fanpage dibawah .

        
3. Follow semua Twitter sponsor *jika ada*

[1] [2] [3] [4] [5]

4. Follow semua Insta sponsor *jika ada*

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [6]

5. Buat Entry yang bertajuk

"First Giveaway By Eilya Maisara"

6. Copy Banner dan backlink kan ke BLOG ini

7. Tag rakan blogger yang lain min 3 orang . Lagi ramai lagi bagus .

8. Publish Entry then tinggalkan link pernyertaan diruang COMMENT dibawah .

9. Share link entry penyertaan anda di facebook / instagram *tidakwajib*

10. Masukkan Blog [Mawar] ke dalam bloglist anda !

Bagi yang saya tulis *jika ada* itu , bukan bermakna tidak perlu ikut .
Tetapi , hanya diberi kelonggaran bagi yang tiada .

P/s :- sekiranya anda tidak mematuhi syarat yang ditetapkan,

Penyertaan anda automatik akan terbatal :) Harap Maklum .

SENARAI HADIAH

Rm 50 x1 [yatiadam]

Topup Rm 10 x2 [niaemkay]

Hadiah Misteri x3 [greenhousera]

Topup Maxis Rm 5 x1 [eilya]

Hadiah Misteri x1 [liya]

Topup Rm 5 x3 [farihan]

Review Blog x3 [wani]

Vector x2 [dayangdeno]

Topup Rm 5 x1 [zuhaira]

Tshirt JogJakarta x1 + Keychain JogJa x1 [nikhafizah]

Rm 30 x1 [mawarbiru]

Topup Rm 5 x2 [mira]

Topup Rm 5 x2 [fatin]

Loom Bands 3 kotak x2 [Eymasu]

Topup Rm 10 x2 [Julia]

Topup Rm 10 x1 [liazakiah]

Handsock x1 [Atikah]

Bawal Satin x1 [Rara]

Topup Rm 5 x1 [Rosmiera]

Topup Rm 20 x1 [Yanty]

Topup Rm 5 x2 [PurnamaUngu]  

Hadiah Misteri x1 [AeNoyou]




NotaKaki // Pemenang akan dipilih dengan menggunakan khidmat Random.org 


G|A akan berlangsung dari 1 Nov 2014 hingga 25 Nov 2014
Pemenang diumumkan pada 3 Disember 2014 bersamaan Birthday Sara ^_^














Segmen : Blogwalking By DayangDeno #2






Cara penyertaan :
1. Follow blog DayangDenoLike fanpage -->> dan Add To Circle Google+ DayangDeno
2- Tajuk entri bebas. Entri pun bebas^^ 
3- Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini
4- Publish dan paste link penyertaan anda di ruangan komen.
5- Dua peserta bertuah bakal menerima doodle art 
6- Pemenang akan dipilih melalui Random.org :)

>> Doodle ART ll Senarai Peserta <<


**Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 20 November 2014










10 Petanda Dia Jodoh Saya






Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.















Ruang Iklan RM 10 Sebulan




 Rrsya berbesar hati akan menawarkan ruang/tapak iklan untuk disewa dengan harga yang berpatutan iaitu RM10 sebulan. Rrsya hanya menyediakan tapak iklan yang bersaiz 125 x 125 pixel sahaja yang diletakkan di bahagian header .  Anda boleh letak apa jua iklan yang anda mahu tetapi bukan iklan lucah.






Kenapa Perlu Sewa Iklan Di Blog Rrsya Eyrdina ?


1. Melebihi satu juta pageview, walaupun blog ini adalah blog personal.
2. Jumlah follower tetap meningkat.
3. Trafik antara 3k-4k sehari.
4. Pagerank blog adalah 3.
5. Lebih sejuta pelawat yang datang dari Malaysia, dan selebihnya dari negara-negara lain.
6. Iklan haruslah dibayar dahulu baru diiklankan , setelah seminggu belum mendapat bayaran , iklan akan di gugurkan.




Jika Berminat Sila Email :

atyazmi96@gmail.com
Facebook - Rrsya Eyrdina
Sertakan Dengan Butiran Seperti berikut:

Tajuk iklan
Banner bersaiz 125 x 125 dalam format JPG atau GIF (Animated GIF pun boleh)
Link URL pengiklanan


Iklan akan terus diletakkan secepat mungkin setelah bayaran diterima.










Kelebihan / Fadhilat Ayat Al-Kursi











Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)


Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:


  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakirandidepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya danmenghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.


   11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudayadan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13.  Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14.  Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.














Copyright © 2013 ATYY AZMI - All Rights Reserved - Template by Atyy Azmi