Kelebihan Bangun Pagi

Selamat Pagi Malaysia Hari Ini



Dapat bersenam
Menghirup udara segar pada waktu pagi dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.Dengan sedikit masa walaupun sekadar lima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan lebih bertenaga.
Bersarapan awal
Bersarapan pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang mesti dilakukan.Dengan bersarapan, tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir.Selain itu, sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan.
Emosi yang stabil
Cuba kita lihat,kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat.Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kemudian terlewat ke tempat kerja dan dimarahi pihak atasan.Hasilnya, emosi akan terganggu sepanjang hari tersebut.
Dapat menyelesaikan kerja dengan segera
Bagi seorang ibu yang bekerjaya, bangun awal pagi memberi ruang masa yang lebih untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, memasak dan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak.Bagi seorang pelajar, dengan bangun awal mereka boleh mengulangkaji pelajaran.Begitu juga bagi suami yang bangun awal dapat mengejutkan isteri dan anak-anak untuk solat Subuh secara berjemaah
Menyambut hari baru
Diberi keizinan untuk memulakan hari baru ialah nikmat yang tidak ternilai harganya.Bayangkan seandainya kita tidur panjang dan selama-lamanya? Maka, bersyukurlah dikurniakan hari yang baru dengan memulakan hari pada awal pagi lagi.
Produktiviti kerja lebih baik
Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan, maka ia mampu memberikan hasil kerja yang lebih baik.
Wallahu’alam….






3 comments:

  1. N memang tiap-tiap hari bangun awal pagi sebab takmo tersekat dalam traffic jem.. boleh stress kalau tersekat.. huhu

    ReplyDelete
  2. Pukul 5 pagi lagi dah bangun...dah terbiasa dah

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi ,

- Atyy Azmi -

Copyright © 2013 ATYY AZMI - All Rights Reserved - Template by Atyy Azmi