Keadaan Roh Di Alam Barzah







Alam Barzakh ?? Kita Semua Belum Merasai Keadaan Yang Sebenar Bila Berada Di Alam Barzakh. Hari Ni Eysya Nak Share Serba Sedikit Apa Yang Eysya Baca Melalui Buku Dan Encik Google :)

Bacalah Dengan Hati Yang Terbuka Dan Menghayati Setiap Kata-kata Yang Di Tulis :)



Bismillah ...

Alam Barzakh adalah tempat sementara bagi ruh yang telah meninggah sebelum memasuki alam akhirat. Setelah memasuki liang lahad, kubur orang yang beriman akan dilapangkan dan mereka juga dapat melihat nikmat yang bakal diperoleh di syurga.

Sebaliknya, jika mereka kufur dan ingkar, maka pada ketika itu kubur mereka akan disempitkan. Malah, bahang kepanasan api neraka akan ditayangkan kepada sepanjang mereka di alam itu sehingga kiamat.

Untuk mengetahui persoalan ruh di alam barzakh, kami nukilkan soal jawab yang disiarkan menerusi Islam Online yang di jawab oleh Syaikh Muhammad Soleh Al-Munajid dan Muhammad bin Soleh al-Utsaimin, sarjana Islam kontemporari yang disegani.


Apa itu Alam Barzakh

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan alam barzakh? Saya inginkan penjelasan yang terperinci tentang perkara ini. Selain itu, saya juga ingin mengetahui jenis-jenis seksaan yang bakal dikenakan ke atas orang yang berbuat dosa.

Jawapan: Maksud alam barzakh ialah alam selepas kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan pada hari kiamat. Sesiapa yang mati dalam Islam dan ibadah, dia akan diberi nikmat. Sesiapa yang mati dalam kekufuran dan maksiat, dia akan diseksa.

Firman Allah SWT yang maksudnya:

“Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan para pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!”(Surah Ghafir: 46)

Seksaan itu ada pelbagai jenis mengikut dosa Pelakunya. Terdapat sebuah hadis dalam Sahih al-Bukhari yang menjelaskan azab Barzakh yang dikenakan ke atas sebahagian pelaku dosa-dosa besar. (Rujuk: Sahih al-Bukhari, no. 6525. Hadis ini telah pun dinyatakan dalam persoalan terdahulu. Fatwa Syeikh Walid al-Firyan).


Cara Mayat Disoal


Adakah soalan kepada penghuni kubur satu kenyataan yang benar-benar akan berlaku di mana ketika itu mereka akan didudukkan dan saling bersoal jawab?


Jawapan: Syeikh Muhammad bin ‘Utsaimin r.h berkata: “Tidak diragukan lagi bahawa soalan di dalam kubur merupakan satu kenyataan (yang pasti akan berlaku). Seseorang akan didudukkan, saling berbalas cakap dan disoal di dalamnya.

Jika ada orang yang bertanya, bagaimana mungkin keadaan kubur yang sempit itu membolehkan seseorang itu duduk, maka jawapannya:

Pertama,orang mukmin wajib menerima dan yakin dengan perkara-perkara ghaib tanpa bertanya bagaimana dan mengapa. Seseorang yang bertanya seperti itu, bererti dia masih ragu-ragu. Orang yang beriman dan menerima segala yang telah diberitakan oleh Allah dan Rasul-Nya pasti akan berserah diri dan mengata kan Allah Maha Mengetahui perkara itu.

Kedua,perhubungan roh dengan jasad sesudah mati tidak sama dengan perhubungannya semasa masih hidup. Roh dengan jasad memiliki rahsia yang amat luar biasa dan tidak seorang pun mengetahuinya. Perhubungan roh dengan jasad selepas kematian tidak mungkin disamakan dengan perhubungannya semasa masih hidup.

Buktinya, seseorang yang tidur dan bermimpi dia pergi, kembali, bermusafir, bercakap dengan orang lain, berjumpa dengan orang yang sudah mati dan orang yang masih hidup, melihat dia memiliki sebuah kebun yang indah atau rumah gelap yang menakutkan, melihat dirinya sedang menaiki kenderaan mewah dan kadangkala sedang menaiki kenderaan yang buruk.

Kesemua ini mungkin sahaja terjadi walaupun dia berada di atas tilamnya tanpa sebarang perubahan. Malah, selimut yang digunakan juga langsung tidak berubah.

Kita yang bermimpi merasa seolah-olah yakin bahawa ia memang benar-benar terjadi. Jadi, perhubungan roh dengan jasad selepas kematian tentu berbeza dengan perhubungannya semasa hidup dan ketika dalam mimpi. Ia memiliki keadaan yang berlainan di luar pengetahuan kita. Boleh jadi seseorang duduk di dalam kubur dan disoal meskipun dalam kubur yang sempit dan terhad.

Demikianlah keterangan yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dalam beberapa hadis sahih. Baginda tela hpun memberitahu kita keadaan ini dan kita wajib percaya dan beriman.

Firman Allah SWT yang Maksudnya:

“Maka demi TUHANmu (wahai Muhammad), mereka tidak dikatakan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang tim bul di antara mereka. Kemudian mereka pula tidak berasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”(Surah: al-Nisa: 65. (Majmu’ Fatawa, Syeikh Ibn ‘Utsaimin, jil. 2, ms. 34).








Kehidupan dalam Kubur


Soalan: Adakah kehidupan orang yang berada di dalam kubur sama dengan orang yang masih hidup? Berapakah pancaindera mereka yang kembali seperti sediakala? Berapa lamakah kehidupan di alam barzakh? Bagaimanakah keadaan mayat yang dibakar s perti Hindu dan Jepun akan disoal? Seorang doktor ketika ingin memulakan pembedahan, dia terlebih dahulu akan mem berhentikan keaktifan pancaindera seseorang menggunakan bius. Adakah keadaan ini sama dengan orang yang sudah mati?


Jawapan: Pertama,wajib ke atas setiap mukmin dan mukminah meyakini apa yang diberitakan oleh Allah di dalam kitab-Nya atau melalui lidah Rasul-Nya dalam setiap perkara yang berkaitan dengan akhirat, hisab, syurga, neraka, kematian, kubur, seksaan, nikmat dan perkara -perkara ghaib yang telah diterangkan oleh al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.

Oleh itu, kita wajib beriman, pasrah diri dan meyakini semua itu kerana kita tahu bahawa Tuhan kita adalah Maha Benar terhadap apa yang difirmankan dan apa yang telah diberitakan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya:

“Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada ALLAH?” (Surah al-Nisa: 122.)

Kita juga tahu bahawa Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling jujur dan baginda tidak mengeluarkan kata-kata menurut hawa nafsu nya. Ia adalah wahyu yang telah disampaikan kepada nya. Jadi, apa sahaja yang telah tsabit dalam pelbagai hadis sahih, kita wajib meyakininya. Meskipun tidak mengetahui hakikatnya yang sebenar.

Kita juga wajib meyakini perkara-perkara yang berkaitan dengan akhirat, syurga dan neraka, kenikmatan dan seksaan yang dirasakan oleh penghuni syurga dan neraka. Begitu juga meyakini bahawa roh dikembalikan kepada jasad ketika diazab atau diberikan nikmat di dalam kubur.

Semua ini adalah benar seperti yang telah dijelaskan oleh pelbagai nas. Setiap orang mestilah menerima ketetapan ini dan meyakini apa yang telah diberitahu oleh al-Quran, hadis sahih atau ijmak ulama.

Kemudian jika seorang mukmin dan mukminah di anugerah kan Allah untuk mengenali hikmah dan rahsia itu, maka ia merupakan satu kebaikan, cahaya dan ilmu yang luar biasa. Oleh itu, dia hendaklah bersyukur atas ilmu kurniaan Allah itu sehingga pengetahuannya bertambah dan jiwanya semakin tenteram.

Soalan kepada penghuni kubur adalah benar. Ketika itu rohnya dikembalikan semula kepada jasadnya. Hal ini telah diterangkan dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w.

Kehidupan di dalam kubur jelas berbeza dengan kehidupan di dunia ini. Manusia akan menjalani satu kehidupan khusus, iaitu alam barzakh yang amat berbeza dengan kehidupan dunia di mana kita memerlukan makanan, minuman dan sebagainya.

Ia adalah satu kehidupan khusus. Si mati akan memahami soalan dan memberikan jawapan terhadap soalan yang diajukan kepadanya. Dua malaikat akan bertanya kepadanya.

Jadi, kita dapat mengetahui bahawa ada kalanya kubur menjadi taman syurga dan ada kalanya menjadi lubuk api neraka. Seksa dan nikmat dirasakan oleh roh dan jasad di dalam kubur. Begitu juga syurga atau neraka.

Berhubung dengan orang yang mati kerana terbakar, lemas atau dibaham binatang buas, rohnya tetap akan merasakan seksa atau nikmat. Ini kerana, roh tetap akan mendatangi jasadnya sama ada di darat, di laut mahupun di dalam perut binatang buas. Tetapi kebanyakan nikmat atau seksa dikenakan ke atas roh. Jadi, roh orang beriman akan masuk ke dalam syurga.

Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya:

“Sesungguhnya roh orang beriman terbang di atas pokok syurga dan memakan buahnya, manakala roh orang kafir masuk ke dalam neraka.”

Dengan itu, wajib ke atas Muslim dan Muslimah mempercayai apa yang telah diberitakan oleh Allah SWT dan rasul-Nys seperti yang di kehendaki oleh Allah. Meskipun ada sebahagian maksudnya tidak difahami oleh seseorang. (Rujuk: Kitab Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah ms. 338). 







Siapa Sebenarnya Encik Mimpi ??




Encik Mimipi ?? Siapa Tu ?? Siapa Tak Tahu Lagi Siapakah Encik Mimpi Yang Dikatakan Misteri Itu. Jom Baca Ni. !!


Penyanyi baru yang sedang popular tetapi hanya ingin dikenali dengan gelaran Encik Mimpi tidak berhasrat sama sekali untuk mendedahkan identitinya kepada masyarakat termasuklah teman-teman rapatnya buat masa ini.
Encik Mimpi, 25, yang kini sedang popular dengan lagu Rindukanlah berkata, setakat ini tiada siapa tahu identiti sebenarnya kerana ketika kemunculannya, dia memakai topeng.
Dia mendakwa yang rakan-rakan sepejabatnya pun tidak mengenali yang dirinya ialah 'Encik Mimpi' dan sedang popular dengan lagu Rindukanlah.
"Kalau boleh saya tidak mahu dedahkan identiti sebenar saya kepada umum. Buat masa ini hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu saya adalah seorang penyanyi menggunakan nama Encik Mimpi. Malah teman-teman di pejabat pun tidak tahu saya adalah penyanyi lagu Rindukanlah.
"Paling kelakar apabila kawan-kawan saya menyanyikan lagu tersebut, tanpa mengetahui penyanyi asalnya berada di sebelah mereka. Saya hanya mampu tersenyum dan geli hati," katanya kepada mStar Online.
Lagu Rindukanlah mula popular sejak ia dimainkan sebagai runut bunyi untuk drama Playboy Itu Suami Aku yang disiarkan bermula 30 Disember 2013 menerusi TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis (pukul 7 malam).
Rindukanlah merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Rumhadi dan Nico.
Sebelum muncul dengan lagu Rindukanlah, Encik Mimpi hanya dikenali sebagai penyanyi di dalam laman sosial YouTube. Dia menyanyikan lagu-lagu penyanyi popular lain.
Nama Encik Mimpi dicetuskan secara tidak sengaja ketika menghasilkan blog di mana dia ingin tulisan blog miliknya itu dikenali pembaca tanpa mengetahui identiti sebenarnya penulisnya sehinggalah terhasilnya nama berkenaan.
Dalam pada itu Encik Mimpi yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata, langkahnya untuk tidak memaparkan wajah sebenar disebabkan dia masih kurang keyakinan untuk muncul di depan khalayak.
Pada masa sama, dia juga bukan sengaja ingin mencari publisiti secara mudah dengan imej bertopeng itu.
"Memang dari dulu lagi menerusi laman blog dan YouTube saya gunakan nama pena Encik Mimpi dengan memakai topeng. Ini disebabkan saya ada sedikit rasa malu dan kurang keyakinan diri.
"Bukan sengaja nak cari publisiti murahan. Tetapi rasanya dengan wajah bertopeng ini juga, mungkin saya dapat mengelakkan kontroversi," ujarnya.
Walaupun masih kurang keyakinan diri, Encik Mimpi sebenarnya memiliki suara lunak yang merdu dan manja.
Lagu baru Rindukanlah yang dicipta untuknya itu sememangnya sesuai dengan lengguk nada suara yang manja dan merdu.
Sementara itu, Encik Mimpi tidak keberatan untuk mendedahkan yang dia bercadang untuk menghasilkan sebuah lagi single terbaharu serta sebuah album mini dalam masa terdekat ini memandangkan sambutan hangat yang diberikan peminat kepada lagu Rindukanlah.
Bergerak sendirian, Encik Mimpi berharap pembabitannya secara serius di industri seni tanah air diterima positif oleh semua pihak.



Dah Baca ? Okayy Jom Terjah  Blog Encik Mimpi Lagi Misteri .. Okay Terima Kasih Daun Keladi :)


Cara Nak Study Dekat Oversea !




Nak Study Oversea ?? Jom Kita Baca Bawah Ni. Mana Lah Tahu Dapat Ke !!


Assalamualaikum w.b.t,.
Cara melanjutkan pelajaran ke luar negara
Kerajaan Malaysia dengan kerjasama kementerian pelajaran menyediakan beberapa saluran bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kebiasaannya terdapat dua saluran bagi pelajar-pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara iaitu melalui:
  1. JPA
  2. MARA
Kebanyakan biasiswa yang ditawarkan oleh JPA adalah berkaitan bidang perubatan dan kebanyakan universiti yang ditaja adalah di timur tengah.
MARA menyediakan Skim Pelajar Cemerang setiap tahun bagi pelajar-pelajar cemerlang dari institusi pendidikan tempatan terutamanya yang di bawah seliaan MARA sendiri termasuk KPTM. Bagi program-program yang ditaja MARA adalah tidak terhad kepada mana-mana kursus yang universiti di luar negara selagi universiti yang dipohon mestilah yang ternama dan berada dalam senarai universiti yang diiktiraf oleh MARA.
Permohonan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara kebiasaannya dibuka pada setiap hujung tahun dan awal tahun. Pihak MARA menyediakan kuota kepada pelajar-pelajar yang berminat dan perlu menepati syarat yang ditetapkan.


Syarat melanjutkan pelajaran ke luar negara
Syarat yang ditetapkan oleh MARA adalah berdasarkan ketetapan semasa. Jadi syarat yang ditetapkan setiap tahun adalah berbeza-beza. Jadi pelajar perlu menyemak syarat permohonan terlebih dahulu. Namun begitu, syarat umum tajaan adalah seperti berikut:
SYARAT-SYARAT PENAJAAN
  • Skim Pinjaman Pelajaran MARA hanya terbuka kepada pelajar Bumiputera dan Warganegara Malaysia sahaja;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi yang lain bagi pengajian/peringkat pengajian yang sama;
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja bagi pengajian sebelumnya atas sebab tindakan disiplin;
  • Bebas daripada atau mendapat penangguhan kontrak perkhidmatan (sekiranya ada) bagi tempoh pengajian yang hendak diikuti;
  • Aktif di dalam aktiviti kokurikulum semasa di kolej/universiti;
  • Diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Panel Doktor yang dilantik oleh Majlis MARA bagi pengajian luar negara;tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
  • Mematuhi syarat kelayakan akademik yang telah ditetapkan oleh MARA;
Syarat kelayakan akademik bagi program ijazah pertama adalah mendapat CGPA 3.50 ke atas atau sebaik-baiknya 3.70 ke atas.
Pelajar perlu mendapatkan tempat di universiti luar negara terlebih dahulu sebelum memohon skim tajaan MARA. Sekiranya permohonan diterima, pihak MARA akan melakukan tapisan melalui peperiksaan, temuduga dan program persediaan.
Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, sila semak dengan pihak MARA dan JPA setiap awal tahun.


Muhasabah Diri :)






Muhasabah Diri


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah : paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam :  tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki : amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil : sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan , pangkat dll dari dirinya. 

5. Tamak : orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar : andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego : ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak : terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.



Jadi !!!

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara semuanya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya..






Assalammualaikum :)



✿ Blogwalking Bersama Ayuinsyirah ✿




Assalammualaikum & Selamat Malam. Mood Gembira Dapat Result SPM Tak Habis Lagi Ni. Nampk Tak Banner Dekat Atas Tu ? Nampak Tak ? Jangan Buat-Buat Tak Nampak Ye. Cocok Mata Kang. :) Jom Kita Join Segmen Yang Dianjurkan Oleh Ayuinsyirah. Jadi, Eysya Nak Ajak Rakan Blogger Eysya Join Segmen Ni. Meh Beramai-ramai. Hanya Perlu Double Klik Banner Diatas Untuk Ke Blogger Si Penganjur.
Selamt Mencuba :)


Pesawat MH370




Assalammualaikum W.T.B . . Selamat Malam . .  Korang Tak Tido Lagikan . ? Kalau Tak Tido Meh Lah Singgah Sini Kejap :)
Malam Ni Sebelum Tido Tergerak Hati Nak Menaip Pasal Pesawat MH370 Yang Hilang Tu . . Rasa Sedih Dan Pilu Apabila Mengenangkan Nasib Mereka . . :'(

Ya Allah Rasa Takut Pun Ada . . Please Pray For MH370 . Semoga Mereka Semua Dalam Keadaan Selamat . . :)



PESAWAT MAS MH370 HILANG DI RUANG UDARA VIETNAM







Ahli keluarga penumpang pesawat MAS yang hilang menanti dengan tangisan di Lapangan Terbang Beijing, China hari ini. 





Beberapa Gambar Yang Menunjukkan Pesawat MH370 Hilang With Blink Of Eyes 












Malaysia Airlines (MAS) mula menghubungi ahli keluarga terdekat dan anak kapal pesawat MH370 selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi ini.









"Hati dan doa kami bersama dengan penumpang, anak kapal dan ahli keluarga mereka," kata ketua pengurus eksekutif kumpulan MAS, Ahmad Jauhari, dalam satu kenyataan.




Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, dan terdiri daripada 13 warganegara berbeza, kata MAS. Menurut agensi berita China, Xinhua, seramai 160 warga China menaiki pesawat tersebut.





Perhubungan radar dengan pesawat MAS MH370 yang hilang pagi ini terputus di udara yang dikawal Vietnam awal pagi ini, lapor Xinhua.




MAS dalam kenyataannya mengesahkan penumpang pesawat tersebut terdiri daripada warganegara China 152 orang termasuk seorang bayi, Malaysia 38 orang, Indonesia 12 orang, Australia 7 orang, Perancis 3 orang, Amerika Syarikat 3 orang termasuk seorang bayi, New Zealand 2 orang, Ukraine 2 orang, CKanada 2 orang, Russia 1 orang, Itali 1 orang, Taiwan 1 orang, Belanda 1 orang dan Austria 1 orang.




Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkuan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi akaun Twitter, menggesa ahli keluarga penumpang dan anak kapal bertenang.




"Kepada ahli keluarga penumpang dalam pesawat, bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih. Kami akan maklumkan. Doa untuk semua," tulis beliau.




Pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan menyelamat selepas pesawat yang menuju Beijing itu dilaporkan terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara Subang pada 2.40 pagi tadi.




Pesawat B777-200 itu meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.31 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi tadi.




"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang memulakan operasi mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat," kata syarikat penerbangan itu.




MAS berkata ia akan menyediakan laporan terkini dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.




Ahli keluarga penumpang dan anak kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269.




Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut.




Beberapa nahas kapal terbang melibatkan MAS berlaku sebelum ini.




Pada 10 Oktober, 2013, dua orang terbunuh, termasuk pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96, selepas penerbangan MASwings dari Kota Kinabalu ke Kudat terhempas akibat terlepas landasan ketika mendarat.




Pada 15 September, 1995, 34 orang terbunuh dan 19 terselamat selepas pesawat MAS terhempas berhampiran Tawau. Kemalangan tersebut didapati berpunca daripada juruterbang yang tidak mematuhi prosedur piawaian operasi (SOP).




Kemalangan paling buruk dalam sejarah penerbangan Malaysia adalah di Tanjung Kupang pada 4 Disember, 1977, apabila 100 orang di dalam pesawat MAS terkorban selepas ia dirampas ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Subang.




Beberapa orang kenamaan, termasuk menteri pertanian Datuk Ali Ahmad, pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Mahfuz Khalid dan duta Cuba ke Jepun, Mario García, juga berada di atas pesawat. – 8 Mac, 2014.





BUT REMEMBER :



MAS Is The Safest Airplane . But If Allah Said " Kun Faya Kun " . Anything Can Happen In Blink Of Eyes 
#PrayforMH370 

Mungkin Apa Yang Terjadi Mesti Ada Hikmah Di Sebaliknya . . Kita Tak Tahu Hanya Allah S.W.T Sahaja Yang Tahu Setiap Yang Berlaku . . Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan Menyelamat Dan Mencari Pesawat MH370 Serta Penumpangnya . . AMIN !! 

Marilah Sama-sama Kita Menadah Tangan Dan Menyedekahkan Al-Fatihah Semoga Mereka Selamat . . Al- Fatihah !

IN SHA ALLAH They're Will Safe . . :)


That's All . . Assalammualaikum & Selamat Malam :)




Cinta Selepas Nikah




Assalammualaikum W.T.B , Hye Selamat Petang :) . . Dah Lama Agaknya Tak Menaip . . Mood Gatal Nak Menaip Dah Datang . . Cuba Baca Tittle Dekat Atas Tu . . Alah , Cuba Lah Baca Sekejap Je Bukannya Lama Pun . . " CINTA LEPAS NIKAH " .  . Yes , Itu Kemahuan Hatiku . . 

Rasa Hati Macam Nak Nikah Dulu Lah Baru Bercinta .  Baru Suweeet :) . . Betul Tak . ? Harap Sangat Dapat Macam Ni Kan . . Tak Nak Fikir Pasal Cinta & Then Nikah Lepas Tu Make a Love . . Huuu ,  Rase Macam Best Je Baru Boleh Kenal With Each Other . . Right ,. ? 

Eh , Agak Gatal Pulak Kita . . Mana Ada Gatal Hanya Nak Bagi Tahu Shaja Keinginan Diri Ni . . Kalau Kita Bercinta Bertahun-Thaun Bgai Nak Rak Tak Jadii Jugakkan . . Tak Pe Lah Maybe Bukan Rezeki . . :)

Saya Percaya Bahawa JODOH ITU RAHSIA ALLAH . .Ya Allah Ya Tuhanku Kau Makbulkanlah Segala Permintaanku & Kau Permudahkan Lah Segala Urusanku Di Dunia Ini :)
Amin Ya Rabbal Alamin





Indahnya Bercinta Selepas Nikah





Wahai Bakal Calon Suami ku....
Aku bukanlah wanita sempurna....
Ku harap keiklasanmu untuk dapat menerima & memaklumi semua kekuranga Fisik & Sifat ku

Wahai Bakal Calon Suami ku....
Aku akan terus berusaha & belajar menyesuaikan diri ku dengan mu

Wahai Bakal Calon Suami ku....
Bimbinglah aku, agar dapat menjadi Istri Soleha
Yang dapat selalu menenagkan hati di setiap hari mu
Bimbinglah aku, agar dapat menjadi Ibu Penyayang & Penyabar bagi anak-anak kita kelak

Wahai Bakal Calon Suami ku....
Semoga Allah akan selalu memmbantu kita mewujudkan keluarga SaMaRa dalam Ridha, Petunjuk serta Kasih dan Sayang Nya, Amiin


Amin Ya Rabbal Alamin





Dear Allah , 
Jika Kau Ingin Mengurniakan Aku Kekasih Hati , 
Kau Kurniakan Lah Aku Kekasih Yang Betul- Betul Menyintai mu ,
Sebelum Betul-Betul Menyintaiku 

AMIN