Menakjubkan!! Sekolah Terapung Di Bangladesh Persediaan Menghadapi Kawasan Yang Akan Tenggelam..




Bangladesh adalah salah sebuah Negara yang sedang menerima ancaman kesan daripada perubahan iklim. Ramalan menunjukkan pada tahun 2030, air yang semakin meningkat boleh membuat 20% daripada negara ini tidak boleh didiami. Apabila berlaku taufan Bangladesh akan mengalami masalah banjir teruk yang mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. 

Oleh yang demikian bagi menghadapi bencana ini banyak struktur-struktur yang boleh terapung dibina. Antaranya adalah perpustakaan, sekolah, klinik kesihatan dan pusat latihan. Di bawah adalah gambar-gambar sebuah sekolah terapung yang mampu menempatkan 30 orang murid kanak-kanak dan dewasa. Sebanyak 22 sekolah terapung berkuasa solar ini wujud di Bangladesh dengan jumlah murid melebihi 1000 orang. Ia dilengkapi dua kelas, sebuah perpustakaan dan makmal komputer. 

Di masa hadapan lebih banyak sekolah sebegini akan dibina bagi memastikan kanak-kanak akan masih mampu ke sekolah walalupun Bangladesh semakin tenggelam.




















8 comments:

  1. WAHH ... bestnya ... haha teringin nak beljar atas kapal , tpi ada keburukan dia ... :'(

    ReplyDelete
  2. Bagus inisiatif yang diaorang buat sebagai persediaan menghadapi perubahan iklim..

    ReplyDelete
  3. Wow, uniknya! Rasa stress belajar boleh mengintai environment sekeliling. ;)

    ReplyDelete
  4. bagus,..ada inisiatif..terharu melihat kegigihan mereka

    ReplyDelete
  5. Sambil belajar boleh belayar. Bagus inisiatif dioarang nak menghadapi banjir.

    ReplyDelete
  6. siapa adik2 kita yang liat nak pergi sekolah tu sruh dia tengok ni. huhu..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi ,

- Atyy Azmi -