(TAHNIAH)Jaclyn Victor Sudah Kahwini Shawn Rivera 17 Julai Lalu

              jac dan shawn



Jutaan tahniah diucapkan kepada Jaclyn Victor yang telah pun melangsungkan perkahwinannya dengan salah seorang daripada anggota kumpulan R&B popular Amerika Syarikat, Az Yet iaitu Shawn Rivera. Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di The First Unitarian Church of Philadelphia, Amerika Syarikat secara tertutup. Jac telah memperkenalkan suaminya hari ini dalam satu sidang media di Istana Budaya.

Jac dan Shawn berkenalan ketika merakamkan pemenang Malaysian Idol ini merakamkan single Magical Moment bersama kumpulan Az Yet. Untuk makluman, Shawn berusia 40 tahun sementara Jac berusia 36 tahun. Majlis perkahwinan mereka telah dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja. Majlis resepsi pula dijadualkan akan berlangsung September ini.



Jaclyn juga pernah mengumumkan perkara ini melalui Instagram buat pertama kali pada lebih kurang empat bulan yang lalu, “I AM GETTING MAR. . . . Hello semua. This morning I have some good news to share with you. A little secret yang terpaksa kusimpan sejak awal bulan haritu, bagi menghormati semua yang terlibat dalam penerbangan MH370. So firstly, I apologise for making this announcement at this difficult time. I pray for everyone on board the flight. Marilah kita semua sama sama berdoa supaya family dan kawan kawan semua yang berada didalam flight MH 370 tabah menghadapi dugaan ini. May they find peace within them. Secondly, Ok here goes... I AM GETTING MARRIED, finally!! That's what I wanted to share and that's my little secret! Finally after bertahun tahun soalan "Bila nak kahwin" tu ditujukan kepada saya akhirnya dah boleh jawab. Yaayyyy. I am going to pray for you. I hope that you will all pray for me too. Thank you Have a beautiful day :)”


                                             



Tahniah diucapkan kepada Jac dan Shawn atas perkahwinan ini. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Tahniah!!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi ,

- Atyy Azmi -

Copyright © 2013 ATYY AZMI - All Rights Reserved - Template by Atyy Azmi