Jom Terjah Koleksi Buku-Buku Kegemaran Rrsya :)
1- Buku Dari Kategori Kegemaran Juga
( Aku Bukan Mistress )
Sinopsis:
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
2- Buku Dari Kategori Kegemaran Juga
( Suamiku Encik Perfect 10 )
Novel Suamiku Encik Perfect 10! Novel ketiga dari Syamnuriezmil. Novel setebal 597 muka surat cukup menghiburkan. Kali ini olahan dan garapan yang menarik membuat kita leka untuk terus membaca dari satu muka surat hingga ke muka surat terakhir. Bahasa yang mudah difahami membuat saya suka jalan cerita ini. Ia mengisahkan Aleeya Azmeen pergi ke London bersama kekasihnya Syed Muzaffar lima tahun yang lalu untuk belajar tapi punah separuh jalan. Ditinggalkan kekasih bukanlah satu perkara perit tetapi dia ditinggalkan selepas satu peristiwa tanpa rela meragut kesuciannya yang dikesalkan. Pulang ke Malaysia jalan terakhir kerana di London Aleeya Azmeen telah dibuang dari kolej. Pertemuan tanpa diduga dilapangan terbang Heathrow, London. Zariel Daniel dengan sukarela ingin membantu Aleeya Azmeen menjadi suami palsu selama satu minggu . Dalam tempoh itu ada satu perasaan yang sukar diungkapkan. Adakala Detik-detik manis menjadi suami isteri palsu berlaku tanpa sengaja sehingga Zariel Daniel sering terlupa akan tanggungjawabnya pada tunangnya , Azura. Dalam kekalutan berlakonan menjadi suami isteri palsu demi mengkaburi mata ibu Aleeya Puan Yasmeen, Aleeya Azmeen dikejutkan dengan kehadiran Syed Muzaffar menagih cinta dan ingin bertanggungjawab keatas kandungannya. Syed Muzaffar ingin mendapatkan anak yang dikandungkan demi harta yang bakal diwarisi. Aleeya keliru, begitu juga Zariel keliru sama ada memilih Azura dan juga Aleeya. Tunang Zariel , Azura seorang model terkenal memaksa Zariel untuk mempercepatkan perkahwinannya. Semuanya bersebab, tanpa Zariel menghidu apa yang terjadi pada Azura. Tetapi segala tindakan Azura diperhatikan oleh Tuh Zaharah nenek Zariel yang memang dari mula tidak mempercayai Azura. Pelbagai cara tipu muslihat Azura buat demi untuk mendapatkan Zariel, asalkan Zariel menjadi milikinya. Pada Zariel, Aleeya ada keistimewaannya tersendiri. Bagi Aleeya Azmeen memiliki lelaki perfect 10 adalah idamannya ( Beriman ,baik , romantik , sensitif , kelakar , pandai masak , hormati orang tua , pandai memujuk , pandai merajuk dan sabar ).
3- Buku Dari Kategori Kegemaran Juga
( Best Women In Heaven )
Wahai saudariku, buku yang ada dalam genggaman tanganmu ini merupakan kabar gembira bagimu. Berbahagalah engkau, karena Allah menjadikan mukminah kelak di surga lebih cantik dan lebih mulia kedudukannya daripada bidadari. Wanita yang beriman ibarat ratu yang berkuasa, sedangkan bidadari adalah pelayan yang taat kepada tuannya. Sebab, tidak mungkin sama, antara orang yang melakukan mujahadah dan bersusah payah di dunia, dengan bidadari yang diciptakan khusus untuk di surga tanpa bersusah payah, tidak mengalami musibah, dan tidak menerima cobaan.
Apabila egkau bertanya tentang ruoa bidadari, mereka seperti bintang-bintang yang gemerlapan, yang mengalir di tubuhnya darah remaja. Pipinya merah seperti bunga mawar dan buah apel. Giginya seperti mutiara tersusun. Kulitnya lembut dan mulus. Kecantikan wajahnya seperti matahari yang mengelilinginya. Senyumnya mengeluarkan cahaya. Apabila engau berbicara dengannya, engkau seperti berbicara dengan kekasihmu, dengan mesra dan lembut. Kemullusan wajahnya seperti cermin. Sumsumnya dapat terlihat dari balik dagingnya, seakan-akan tidak ditutupi kulit, daging, dan pakaian.
Apabila mereka turun ke dunia, seluruh dunia akan menjadi harum. Seluruh makhluk di dunia akan mengumandangkan tahlil, takbir, dan tasbih atas kecantikan dan kesempurnaan dirinya. Seluruh mata akan tertuju kepadanya dan tidak menghiraukan segala sesuatu yang ada disekitarnya. Dia akan memantulkan cahaya matahari seperti bintang-bintang yang memantulkan cahaya darinya. Bagaimana dengan rupamu disurga, wahai saudariku ? Tentu, jauh lebih cantik dari bidadari.
Wahai saudariku, mari kita simak kisah-kisah teladan dalam buku ini. Kisah dari perempuan-perempuan yang mendapatkan kemuliaan di sisi Allah dan mendapat kabar gembira (jaminan surga) dari Rasulullah saw. dengan harapan agar kita dapat mengikuti jejak-jejak mereka.
Ni Lah Koleksi Buku Kegemaran Rrsya . . The Best Book In The World . .
Alhamdulilah Habis Juga Cabaran Hari Keempat Ni ..
Minat novel ye ;)
ReplyDeleteYa . . Kaki Novel :)
Deleteeh, sama pulak...novel "aku bukan mistress". ^^
ReplyDeleteBestkan Ceritanya :)
Deletemenariknya sinopsis novel2 tu..teringin juga nak baca..^_6
ReplyDeleteMemang Menarik , Bolea Smapi Menitis Airmata :)
DeleteSinggah sini. Adik telah ditag utk Liebster award..
Deletehttp://mama3farhanah.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html?m=1
Terima Kasih
Deletehi.. anda dipilih untuk LIEBSTER AWARD :) BW my blog for detail
ReplyDeletebestnya novel..dah lama tinggal baca ni..
ReplyDeleteSaya pun pernah baca novel Suamiku Encik Perfect 10 tu dan macam yang awak cakap novel tu memang best!
ReplyDelete