Cabaran 30 Hari : Day 9 - 5 Lelaki Idaman Saya





Lelaki sering bicara ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya tetapi pernahkah lelaki tahu bahawa wanita juga mempunyai ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya.



Sama ada perlu atau tidak ciri-ciri lelaki yang disenaraikan adalah perlu diberi perhatian walaupun kita tahu lelaki bukan seorang yang sempurna tetapi jika memiliki kebanyakkan ciri-ciri yang tersenarai adalah kelebihan bagi lelaki mendapat tempat dihati wanita.



CIRI LELAKI IDAMAN SAYA 


1- Bertanggungjawab & Jujur 

- Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.  Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjauhan darinya.


2- Bersikap terbuka & Jangan bersikap terlalu berahsia

 - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional". Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.


3- Penyayang & Beriman 

- Sifat penyanyang membuatnya mereka selesa ketika bersama kamu dan jaminan kamu akan menyayangi bakal anak-anak kamu. Tetapi awas jangan tunjuk sifat penyayang kamu secara berlebihan kerana ia akan membuatkan kamu dilabel seorang yang gatal! & Sifat yang paling penting bagi seorang lelaki terutamanya bagi orang muslim adalah beriman. Ciri-ciri ini memuatkan lelaki dipandang tinggi, dihormati dan lelaki soleh paling dikehendaki.


4- Hormat Ibubapa dan keluarga 

- Sebelum kamu melamarnya, kamu perlu berjumpa kedua ibubapanya dan disitulah kamu diuji sebelum mereka meluluskan bahawa kamu calon menantu pilihannya. Baginya jika kamu memilikinya maka kamu perlu menerima kehadiran kedua ibubapanya dalam hidup kamu. 


5- Tak "Handsome" pun tidak mengapa & Terima Seadanya 

- Baginya wanita rupa paras bukan menjadi keutamaan untuk menjadi pilihannya. Tetapi bagi saya , biarlah sedap mata memandang ,  Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum". Cewahh :) . . Terima segala kekurangan dan kelebihan dalam diri saya pun perlu juga . . Susah tau nak cari orang yang terima kita seadanya :)





1 comment:

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi ,

- Atyy Azmi -

Copyright © 2013 ATYY AZMI - All Rights Reserved - Template by Atyy Azmi