11 Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu..






Anda patut tahu tentang info ini untuk mengelakkan diganggu oleh makluk halus. Bak kata orang, jangan sengaja cari pasal. Betul tak?

Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.

Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.


Pokok Ara
Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.


Pokok Kekabu
Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.


Pokok Ciku
Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.


Pokok Saga
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu.


Pokok Asam Jawa
Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.


Pokok Pisang
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.


Pokok Buluh
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 


Pokok Nangka
Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.


Pokok Beringin
Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.


Pokok Sukun
Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.


Pokok Bacang
Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.


Apabila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.

Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.








6 comments:

  1. Di kawasan rumah saya ada pokok bacang, pokok pisang, pokok buluh dan pokok nangka. Selama 20 tahun saya hidup ni tak pernah la nampak hantu hantu kat pokok tu. Tapi saya tak pernah minta nak nampak pun. Tak nampak pun lagi bagus. Hehe

    ReplyDelete
  2. err..seramnya..selagi boleh elak, memang elak lalu pokok2 tersebut..hee..

    ReplyDelete
  3. Rumah lama saya dulu kiri kanan pokok kekabu. Orang yang lalu lalang selalu nmpk cik pon, tapi alhamdulillah kami sekeluarga tak pernah nampak.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Saya Hanya Berkongsi Bukanny Saya Nak Percaya Itu Semua . . Harap Maklum Ya :)

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi ,

- Atyy Azmi -

Copyright © 2013 ATYY AZMI - All Rights Reserved - Template by Atyy Azmi