Bahasa Budak Zaman Sekarang






Bahasa sekarang dah semakin meluas. Ada yang sayang kepada bahasa. Tapi ada jugak yang menjadi perosak bahasa. Ni yang aku nak marah ni!! Tak nak tuduh ssesiapa. Siapa makan cili, dia terasa pedas ;) Kadang-kadang aku pun ada juga TERsengaja menggunakan ayat yang tak berapa nak betul. Admit it! I will try to improve my writing.


Okey. Aku nak cuba tunjukkan beberapa ayat atau perkataan yang kita memang nak kena faham. Sebab perkataan ni dah selalu sangat digunakan oleh budak-budak sekarang. So, kita nak kena tahu..



"Ek eleh.. Muka keras, tapi hati tisu!"
Muka keras tu maksudnya muka ganas je. Atau pun muka garang. Hati tisu pulak bermaksud hati lembut, mudah tersentuh atau sensitif.



"Dah la. Kau tak payah nak ngencing aku!"
Ngencing? Kotor betul kan perkataan tu. Tapi memang perkataan ni dah ramai sangat yang guna. Yang terkejutnya, aku pernah dengar orang tua pun sebut perkataan ni jugak. Woahhh.. Dasat tak? Dasat tak? Okey, ngencing maksudnya tipu atau permainkan seseorang.



"Haaa... Ko ni apa hal? Masuk air la tu.."
Masuk air maksudnya macam bengong-bengong sikit la. Kepala tak berapa nak betul. Haihh.. Macam mana ek nak explain? Failed betul nak bagi explaination. Huhu.. Erm.. Lebih kurang macam ni la. Kalau kawan korang buat sesuatu yang gila-gila sikit, maksudnya dia masuk air la tu. Haaa.. Macam tu la.. Errr.. (Kepala sendiri pun dah pening. Adehhh..)



"Kau tak payah la nak buat muka ketat kat majlis ni.."
Tadi muka keras. Sekarang muka ketat pulak! Macam-macam... Maksudnya muka masam, tak nak senyum. Ala-ala takde mood..



What else....??


"Geng-geng dia semua takde, patah kaki la dia hari ni.."
Bukan patah kaki yang bersimen bagai tu. Tapi patah kaki yang ini bermaksud duduk diam. Kalau biasanya dia selalu merayap ke hulur ke hilir dengan kawan-kawan, tapi bila kawan-kawan takde, dia tak merayap lagi dah. Duduk terperap kat rumah je. Tu la perumpamaan patah kaki.




Itu aje la yang terlintas kat kepala sekarang ni. Sebenarnya banyak lagi kan bahasa yang aku sendiri pun tak faham, tapi korang mungkin lebih faham. Nanti tolong share la. Nak tau jugak. Huhu..



p/s : Jangan menjadi PEROSAK BAHASA yang melampau. So Sayangilah bahasa kebangsaan kita ya . . PEACE !!




SUMBER  ASAL DARI : aurafiza












2 comments:

  1. haha selalu je gune pekataan pekataan gini. Nampak lah kite ni mmg budak zaman skrg, haha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi ,

- Atyy Azmi -