Dracula Untold: Ustaz Fathul Bari Gesa Putrajaya Kaji Semula Tayangannya Kerana Ada Unsur Hina Islam..







Seorang ahli exco Pemuda Umno hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula kelulusan penayangan sebuah filem Hollywood “Dracula Untold” yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Dr Fathul Bari Mat Jahya membuat gesaan itu menerusi laman Twitter, mengatakan penayangan filem tersebut perlu dinilai kembali kerana ia mempunyai unsur yang menghina agama Islam.

“Filem ‘Dracula Untold’ perlu dinilai semula penyiarannya. Ada unsur-unsur menghina Islam,” katanya melalui akaun Twitternya @ustazfathulbari.

Beliau juga turut menghantar mesej itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan meletakkan tag nama mereka.

Beliau ketika itu menjawab pertanyaan seorang daripada pengguna Twitter yang mendakwa filem itu sensitif kerana mempunyai babak yang menunjukkan di dalam perjanjian antara Sultan Turki dan Putera Transelvania, tertulis nama Allah.

“@markajinmim ada babak perjanjian dari darah atas kertas yang tertulis nama Allah. Sudah tentu menyentuh sensitiviti umat Islam,” kata Fathul.

Katanya, gesaannya itu bukan sahaja dilakukan terhadap filem menghina Islam bahkan beliau akan lantang mengkritik sekiranya ia terjadi kepada mana-mana agama.

“Kita juga tidak bersetuju mana-mana filem atau drama yang ada unsur penghinaan kepada mana-mana agama selain Islam. Islam menyeru umatnya memghormati perbezaan agama,” katanya.

“Dracula Untold” yang kini di tayangkan di pawagam merupakan produksi Universal Pictures diarahkan oleh Gary Shore.

Ia merupakan sebuah filem bergenre fiksyen seram diadaptasi melalui novel terkenal dari Irish iaitu Bram Stocker.

Ia mengisahkan seorang putera, lakonan Luke Evans, yang memerintah Transylvania terpaksa membuat perjanjian bagi menjadikan dirinya seorang pahlawan hebat demi menyelamatkan kerajaan dan keluarganya daripada cengkaman tentera Turki.

Filem tersebut dikritik kerana bukan sahaja memaparkan adegan bertulis kalimah Allah malah kerana menggambarkan watak antagonis Sultan Turki Sultan Mahmet II sebagai seorang kejam yang mengambil kanak-kanak menjadi bala tenteranya.

Fathul turut menggesa Perbadanan Filem Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) memberi perhatian ke atas isu itu kerana katanya, sekiranya badan itu terus meluluskan penayangan filem yang tersasar daripada perkara sebenar, ia akan mendatangkan kesan buruk.

“Apabila yang tidak benar ditayangkan juga, implikasinya adalah buruk. Sebab itu saya cenderung kepada menilai semula penyiarannya. Bergantung kepada kebijaksanaan Finas,” katanya.











1 comment:

  1. Oh yeke? akak tengok trailer jee.
    good sharing... thumbs up!

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Komen Lagi ,

- Atyy Azmi -

Copyright © 2013 ATYY AZMI - All Rights Reserved - Template by Atyy Azmi