Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).
Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...
M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.
M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.
M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.
L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.
M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?
L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?
L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.
M : Dan... dan..
L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...
M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.
M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...
M : Alamak... jadi apa yang berlaku?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.
Sila Baca Sampai Faham Ya . . Sumpah Lawak :)
hahaa....memang lawak..logik pun logik
ReplyDeleteHahah Tahu Tak Apa
Deletehahaha. logik dan ada bernasnya kat situ walaupun masa dia angkat kain tu saya fikir dia nak lelaki tu rogol dia. hahaha.
ReplyDeleteHAHA, logik...
ReplyDeleteHahaha...logik jugak.
ReplyDelete