Mata adalah salah satu pancaindera yang beharga. Tanpa mata pasti hidup kita dipenuhi dengan kegelapan. Kegembiraan dan kesedihan diri kita juga pasti akan terpancar melalui mata. Kerana mata juga kita boleh jatuh cinta pada seseorang.
Penulis buku "Jane Eyre" iaitu Charlotte Bronte mengatakan mata bukan sahaja mentafsirkan perasaan, tetapi juga personaliti diri. Warna mata berbeza bergantung kepada pigmen melanin yang terdapat dalam iris mata. Warna mata dan personaliti adalah seperti berikut:
1. Warna anak mata hitam
- Pemilik anak mata hitam adalah seorang yang penuh bersemangat.
- Komited terhadap kerjaya dengan memberikan tumpuan 100% terhadap tugasan yang dilakukan.
- Seorang yang berdaya saing dengan cara melakukan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin berbanding orang lain.
- Seorang yang perahsia dan tidak mudah terpengaruh dengan perasaan sendiri.
- Sukar untuk jatuh cinta, tetapi apabila telah mencintai seseorang pasti akan menjadi pencinta yang setia.
- Seorang yang boleh dipercayai kerana mereka bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan.
- Suka menegakkan kebenaran walaupun tahu dirinya yang bersalah.
- Bukan seorang yang penyabar dan tidak suka menunggu terlalu lama.
2. Warna anak mata coklat
- Warna coklat adalah warna tanah yang mewakili kesederhanaan, kekuatan dan kreativiti.
- Pemilik anak mata coklat adalah seorang yang sukakan alam semulajadi dan tidak terlalu mementingkan kebendaan (materialistik).
- Seorang pencinta yang hebat dan tahu bagaimana untuk membuatkan pasangan berasa istimewa dan mempercayai mereka.
- Kelihatan menarik dan nampak comel.
- Seorang yang suka mencari kawan baru (extrovert).
- Namun takut untuk menunjukkan perasaan sebenar di hadapan orang lain.
- Pandai bergurau dan boleh menggembirakan orang lain.
- Seorang yang bijak dan mampu memberikan nasihat kepada orang lain.
- Kreatif dan mempunyai citarasa yang tinggi terhadap fesyen.
3. Warna anak mata biru
- Pemilik mata biru kelihatan lebih muda. Hinggakan ramai orang yang suka memakai kanta lekap bewarna biru.
- Seorang yang kelihatan menarik, menawan dan peramah.
- Spontan dan bertenaga di dalam menjalani kehidupan mereka.
- Memiliki kelebihan semulajadi untuk menggembirakan orang lain.
- Suka membantu orang di sekeliling mereka dengan sedaya upaya mereka dengan penuh keikhlasan.
- Mahukan keluarga yang bahagia bersama pasangan dan memerlukan komitmen yang sepenuhnya dari pasangan.
- Memiliki kuasa pemerhatian yang tajam.
- Suka membebel dan tidak pemalu serta suka mengekspresikan perasaan mereka secara terbuka.
4. Warna anak mata kelabu
- Bersifat kepimpinan kerana mereka memahami isu kedua-dua pihak yang tidak bersefahaman dan mampu untuk menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri .
- Seorang yang kuat dan tabah walaupun diberikan tekanan besar.
- Mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
- Tidak suka berdiam diri dalam jangka masa yang lama.
- Seorang yang pintar dan pandai berniaga.
- Kelihatan tenang dan disenangi oleh orang di sekeliling mereka.
- Bersikap rasional dan penyimpan rahsia yang baik.
- Memastikan diri dan persekitaran sentiasa kemas dan bersih, namun tidak keterlaluan mengenainya.
- Mampu untuk menguruskan kehidupan dengan baik dan membuat keputusan yang bijak.
- Seorang pencinta yang setia dengan hubungan yang berkekalan dan romantik.
5. Warna anak mata hijau
- Seorang yang bertenaga dan kreatif.
- Sukakan pengembaraan dan sanggup menyahut cabaran.
- Jika disakiti, pasti mereka akan akan mencari jalan untuk membalas dendam.
- Penceramah yang baik dan sangat pintar.
- Tidak suka orang lain masuk campur dalam kehidupan mereka.
- Seorang pencinta yang baik dan menjalinkan hubungan yang berpanjangan. Namun kadang kala mereka mudah cemburu.
- Suka membuatkan orang lain ketawa dan mempercayai mereka. Namun jika tersalah cakap pasti mereka akan membalasnya sehingga menampakkan kita seakan bodoh.
6. Warna anak mata hazel
- Pemilik mata hezel suka menerima cabaran.
- Tidak akan berundur di dalam perjuangan dan membuktikan dirinya yang terbaik.
- Kurang sabar dan jangan mengganggu mereka ketika sedang marah.
- Memiliki semua sifat-sifat orang yang bermata coklat dan hijau.
- Seorang yang spontan dan suka mengambil kesempatan.
- Kelihatan cantik dan elegan.
- Di dalam perhubungan selalunya cenderung untuk hubungan jangka pendek walaupun romantik.
- Seorang yang suka mencuba dan sangat bertenaga serta berani.
Diingatkan di sini bahawa artikel berkenaan warna mata dan personaliti ini adalah berdasarkan kajian sahaja. Jika ianya betul mungkin hanya kebetulan. Setiap ciptaan Allah SWT adalah yang terbaik dan terindah.
Apakah warna anak mata anda?
menarikkk . . warna mata parihh hitam je
ReplyDeleteMata Rrsya Pun Warna Hitam Juga :)
Deletemata kak hitam campur coklat
ReplyDeleteAik Kalau Ada Combine Warna Ny Rrsya Tatau Lah Pulakk
Delete